TANGKAK , 29 Oktober - Sepasukan pemantau atau juri bagi Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Negeri Johor tahun 2012 telah membuat pemantauan di beberapa buah kantin sekolah terpilih sekitar negeri Johor.
Antara sekolah yang terpilih untuk dipantau bagi pertandingan ini antaranya yang mewakili Daerah Ledang bagi kategori bandar iaitu kantin SK Bandar Tangkak atau lebih dikenali sebagai Cafe D'Hayati. Moto bagi Cafe D'Hayati adalah Kantin Ceria, Murid Berjaya, Guru Bahagia.
Pemantau-pemantau yang diketuai oleh Pn. Hjh Faizah bt. Jurimi akan memantau semua kantin-kantin sekolah terpilih sekitar negeri Johor.
Guru Besar SK Bandar Tangkak, Pn. Hjh Noraini Hayati bt. Ahmad dan Pengusaha kantin SK Bandar Tangkak, Pn. Rimah bt. Maarof amat mengalu-alukan kehadiran pemantau-pemantau ini.
Menurut Guru Besar SK Bandar Tangkak, semua warga SK Bandar Tangkak termasuk Pengusaha kantin telah berusaha sebaik mungkin untuk pemantauan ini. Diharapkan Cafe SK Bandar Tangkak berjaya dalam pertandingan ini dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan murid SK Bandar Tangkak dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan